Kestabilan negara kita bergantung kepada pematuhan rakyat terhadap undang-undang. Kalau semua orang buat ikut suka hati, keadaan akan jadi kucar-kacir. Ramai orang akan melakukan sesuatu yang melanggar hak orang lain. Ada yang cenderung melakukan jenayah. Jenayah yang dilakukan tiada siapa yang halang. Itulah yang berlaku jika negara tiada undang-undang. Negara yang ada undang-undang juga tetapi rakyatnya tak nak patuh turut menjadikan keadaan tidak stabil seterusnya kekacauan berlaku.
Undang-undang yang paling tinggi dalam negara ialah Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan inilah asas pembentukan negara kita. Kita hidup dalam negara yang dinamakan Malaysia ini selama ini didasarkan atas atas yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka siapa yang memerintah, siapa diperintah dan bagaimana jadi rakyat Malaysia, bagaimana pemerintah membuat undang-undang, apa jenis undang-undang, siapa pemerintah paling tinggi, hak asasi rakyat dan lain-lain semuanya ditakrifkan dengan tegas oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, pemerintahan, penggubalan dan perlaksanaan undang-undang dapat dijalankan dengan jelas tanpa dipertikaikan oleh sesiapa pun sama ada kalangan pemerintah ataupun rakyat.
Setelah 56 tahun merdeka, adakah kita menyedari kepentingan Perlembagaan Persekutuan? Adakah kita mengetahui isi kandungannya sebagaimana sepatutnya. Ataupun kita termasuk dalam mereka yang tidak sedar atau tidak faham malah tidak ambil kisah. Keadaan seperti inilah menyebabkan wujud satu pihak berkepentingan berani mencabar status Perlembagaan Persekutuan demi mencapai agenda tertentu kumpulan mereka.
Siapakah mereka ini?
Dari mana mereka datang?
Kenapa mereka hendak mencabar Perlembagaan Persekutuan?
Apakah kepentingan mereka?
Bagaimanakah mereka mencapai matlamat politik mereka?
Kumpulan ini sedar bahawa demi mencapai kepentingan mereka mereka perlukan sokongan daripada rakyat Malaysia sendiri. Tanpa sokongan rakyat bagaimana mereka hendak mencapai kekuasaan. Segolongan rakyat yang cukup bilangan (bagi tujuan mereka) perlu ditipu bagi menggerakkan sokongan terhadap mereka. Paling tidak sehingga mereka berjaya mencapai puncak kekuasaan. Mungkin puncaknya tidak diperlukan sangat pada peringkat awal tetapi asalkan dapat memerintah secara proksi pada awalnya adalah memadai.
Mungkin ada yang tidak memahami kenyataan di atas. Tak semua boleh faham. Ada yang boleh faham dengan mudah ada yang tidak. Kalau tak bagaimana ramai yang boleh kena tipu. Ada yang faham pun kena tipu jugak (sebab rela ditipu). Itulah akibatnya politik yang berasaskan kebencian.
Maka Perlembagaan Persekutuan ini adalah asas pembentukan negara. Negara stabil kalau asasnya stabil. Negara tak stabil kalau asasnya tak stabil. Tak stabil disini bukanlah bermakna Perlembagaan itu tiba-tiba hilang atau pun dimansuhkan. Tidak stabilnya disini apabila majoriti rakyat tidak lagi mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan dihasut untuk menentangnya. Bermulalah bibit-bibit kehancuran asas pembentukan negara. Akhirnya negara yang musnah. Keadaan tidak lagi aman dan damai tetapi sengsara akibat kekacauan yang berlaku.
Kak Siti
No comments:
Post a Comment