Sebenarnya rasuah di kalangan penjawat awam atau pegawai kerajaan adalah lebih besar dari orang politik.
Kesedaran dalam pekara ini memang wujud di kalangan UMNO dan ini ternyata apabila saya membangkitkannya dalam suatu ceramah kepada perserta kursus Latihan Penceramah UMNO Bahagian Telok Kemang di Felda Residence Hot Springs Sungkai Perak baru baru ini dimana mereka menyambutnya dengan tepukan sepontan yang kuat
Bagaimanapun saya ditanya oleh seorang perserta tidakkah pendedahan serupa ini oleh orang UMNO akan memberikan implikasi orang UMNO sendiri yang memburukan kerajaan?
"Jawapan saya ialah tidak, sebaliknya ia akan memberikan gambaran positif kepada rakyat kerana menampakan UMNO sendiri berada di hadapan untuk membetulkan kepincangan yang boleh memburukan imej kerjaan.Orang politik tidak boleh terus menerus menerima anggapan negatif kerana sikap kakitangan kerajaan".
"Dengan UMNO mengambil sikap sepi,tidak mengkritik kakitangan kerajaan yang lemah,rasuah dan sebagainya maka UMNO dianggap bersekongkong dengan kakitangan kerajaan yang rasuah dan melalaikan tanggungjawab kepada rakyat."
"Bukan semua kakitangan kerajaan atau pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab atau rasuah tetapi kerana seekor dua membawa lumpur semuanya terpalit. Lebih buruk lagi apabila penjawat awam atau pegawai kerajaaan sendiri memburukan orang politik semata mata atas sikap prejudis tanpa bukti yang benar."
"Sudah sampai masanya penjawat awam harus disedarkan bahawa mereka senantiasa diawasi oleh cawangan cawangan UMNO dan bahagian UMNO dan janganlah pula orang orang UMNO yang berkepentingan dengan projek projek tempatan mengorbankan kepentingan rakyat kerana kepentingan diri lalu menutop kelemahan pegawai kerajaan yang menjadi sungutan rakyat."
Setuju dengan Zam, sudah sampai masanya kita melihat secara lebih serius masalah kakitangan kerajaan yang terlibat kegiatan rasuah. Apatah lagi mereka yang terlibat ini kemudiannya memburukkan lagi persepsi terhadap kerajaan. Ada yang terlibat ni sampai tahap kronik. Seolah-olah bagi diri dia semua orang pun terlibat dengan rasuah seperti dia lakukan.
Bagi diri perasuah, menentang rasuah secara hakiki itu sebenarnya adalah cakap-cakap politik semata dan juga digunakan untuk mengkambinghitam. Sampai bila negara nak mencapai satu budaya yang maju kalau semua berfikiran macam ni.
Kita mesti menentang rasuah sehingga sampai satu tahap, orang yang memakan rasuah ini dilihat sama seperti makan babi. Benda kotor.
Sumber di sini
No comments:
Post a Comment