Saturday, 20 September 2014

Menziarahi Muktamar PAS 2014.

Video-video yang menunjukkan suasana hangat di Muktamar PAS.

Kita ziarah rakan-rakan dan sahabat kita dalam Parti PAS. Melihat kepada apa yang sedang berlaku, jelas muktamar kali ini adalah pertempungan 2 jamaah di dalam PAS. Ini dapat dilihat melalui klip-klip video yang dipaparkan.

Menariknya, ada perwakilan yang berucap tegas mempertahankan Islam, Melayu, Raja dan Bahasa Melayu iaitu elemen utama yang dijaga dalam Akta Hasutan 1948.





Doa kontroversi bagi Anwarinas. Dr Azhari Ariffin. (Beberapa petikan menarik)

"Alangkah jahatnya fulan bin fulan."

"Mereka khianat wahai Allah, mereka zalim wahai Allah. Mereka menikam kami dari belakang wahai Allah."

"..sekarang di dalam parti kami ada 2 titik nila yang merosakkan parti keseluruhannya. Satu titik nila bernama cap Ulu Kelang, satu lagi titik nila bernama nila cap Morib."

"Wahai Allah. Nila ini sangat beracun! Aneh sekali jika ada yang menobatnya sebagai wira"

"Walaubagaimanapun Ya Allah, kurniakanlah nikmat istiqamah kepada kami. Dalam meletakkan prinsip tahaluf siyasi.

Istiqamah dan prinsip dalam mempertahankan Islam, melalui semangat tahaluf siyasi.

Istiqamah dan berperinsip dalam mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan melalui tahaluf siyasi.

Istiqamah dan berperinsip dalam mempertahankan kedaulatan Melayu sebagai bangsa yang diberi kehormatan dan hidayah oleh Allah dengan Islam melalui tahaluf siyasi.

Istiqamah dan berperinsip dalam mempertahankan kedaulatan Bahasa Malaysia melalui semangat tahaluf siyasi."

"Wahai Allah! Kami tidak mahu konon-kononnya demi mempertahankan tahaluf siyasi ia berakhir dengan survival Islam dirobek oleh fahaman Islam liberal yang menyesatkan."

"Wahai Allah! Kami tidak mahu konon-kononnya demi mempertahankan tahaluf siyasi, akhirnya kami diajar untuk tidak menghormati institusi di-Raja."

"Kami tidak mahu konon-kononnya demi mempertahankan tahaluf siyasi, tiba-tiba dengan senang sahaja rakan tahaluf memancing wakil rakyat sehingga menjadi pengkhianat kepada parti kami"

"Wahai Allah, Ya Tuhan kami, bukalah hati pemimpin kami agar menilai kontrak tahaluf siyasi dengan rakan komponen kami. Wahai Allah menilai dengan maksud andai wajar diteruskan biarlah penghujungnya menguntungkan survival Islam, Melayu, institusi di-Raja, Bahasa Melayu, ataupun kemenangan yang hampir"

Ya Allah Ya Tuhan kami, kamu tunjukkanlah kepada rakan tahaluf siyasi agar pandai menghormati kami dalam sama-sama berbincang dan membuat keputusan, kami tidak mahu peristiwa Kajang Move, kami dipaksa menerima arahan. Wahai Allah kami bukan hampas untuk mereka"

"Wahai Allah, kamu berikan taufik dan hidayah kepada sekutu kami agar pandai menghormati kami dalam mempertahankan dasar perjuangan kami, janganlah mereka kurang sopan memaki hukum syariat Islam dan dasar perjuangan kami. Tetai pandai pula meminta pertolongan kami untuk berkempen dalam PRK Teluk Intan, Perak"

"Ya Rab, tidak wajar untuk mereka terus menunjukkan ijtihad yang salah. Penentangan terhadap keputusan Presiden dan Majlis Syura Ulama"

"..tidak boleh mereka kemaruk membuat sidang akhbar, itu ijtihad yang salah, tidak boleh untuk mereka berforum, di dewan perniagaan Cina Kuala Lumpur memperleceh Presiden, itu ijtihad yang salah! Tidak boleh mereka sepentas dalam forum Pas-Ma, itu ijtihad yang salah! Tidak boleh untuk mereka kononnya atas nama sayang kepada pakatan rakyat sehingga mengecilkan fundamental perjuangan sendiri, itu ijtihad yang salah."

"Terima kasih dan saya jual pantun kepada pengerusi.

Dua tiga kucing berlari,
Terjerat seekor pagar berduri,
Hamba malas berucap berdiri,
Biar doa munajat menuasa inspirasi,

Makan jangan sebarang makan,
Elakkan Ketum sebagai minuman,
Biar berlunjur sebelum terlentang,
Jangan pula jatuh tersembam.

Hidup bangsa berteras budi,
Menyaman undi berbasa-basi,
Hidup kita bukan sekadar budi,
Berulang ke negeri abadi dengan reda ilahi,

Dipersembah Sultan satunya nama,
Nama yang diberi tiada cukup syarat,
Rakan yang akur hantar tiga nama,
Dituduh tidak setia tidak sepakat,

(Beberapa rangkap yang lain tidak dapat ditekskan kerana kurang jelas perkataan. Minta maaf sekiranya ada perkataan yang tersilap)




Seorang pemerhati tidak tahan rasa disindir akibat bacaan doa berkenaan dan terus merampas mikrofon.


KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu menerima tamparan apabila segelintir perwakilan Pemuda PAS keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja beliau bangun untuk berucap pada mesyuarat tahunan sayap itu petang tadi.




Seorang lagi perwakilan pada Muktamar PAS ke-60 kena 'boo' oleh permerhati hari ini. Kali ini, giliran ketua biro undang-undang PAS Hanipa Maidin yang bertegas mengatakan bahawa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mmempunyai kuasa veto.


Antara butiran penting ucapan.

"Majoriti kita tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat kita, inikah etika kita bertahaluf?"

"Kita tak pandang ringan dua wakil rakyat yang sanggup menyebarang, yang sanggup jadi broker, jadi barua semua ada."

"Tidakkah tiap-tiap orang wakil rakyat kita berbaiah, masa nak jadi calon berbaiah, wallahi.. wabillahi.. watallahi..Berbaiah! Mana besar baiah dengan surat aku-janji?!

"Kita ada perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan, ini mesti faham"

"PAS berdasarkan kepada Islam. PKR berdasarkan sekular pragmatik. DAP berdasarkan kepada sekular sosialis!"

"Kita bukan satu parti!, ni kita tahaluf macam satu parti, nak tidur sama, nak makan sama, ini silap!! Ini fakta tahaluf yang mesti kita faham"



No comments:

Post a Comment