Pilih bersama kami atau tidak, kata Guan Eng kepada ahli PAS ‘anti-Pakatan’ - Artikel Malaysian Insider di sini.
Kata-kata LGE ini walaupun nampak keras bila keluar pada waktu ini tapi bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Sebab DAP memang sangat berhati-hati dalam kerjasamanya dengan PAS dari hari pertama lagi. Kerjasama DAP ini bersyarat, dia hendak PAS menunjukkan akhlak sebagaimana yang digariskan oleh DAP.
DAP mungkin tidak kisah PAS menjadi Parti Islam. Paling kurang tidak kisahnya DAP ini adalah pada permulaan kerjasama. Tetapi DAP meletakkan syarat supaya PAS berubah sedikit demi sedikit. PAS tidak boleh sama macam dulu yang terlalu berpegang pada perinsip.
PAS mesti sanggup berkompromi atas prinsip-prinsip tertentu dan mengikut kata DAP. Sesiapa yang ikut, DAP akan hadiahkan buluh cina kerana mengikut ajaran DAP itu. Buluh yang macam Saari Sungip dapat sebab simboliknya buluh mudah dilentur.
Sebab itulah juga adanya kumpulan Anwarinas yang menjadi jambatan kepada DAP untuk bekerjasama dengan PAS mengikut terma-terma DAP sendiri.
Macam Khalid Samad yang berteriak mempertahankan pesta arak di Selangor. Perbuatan beliau itu sangatlah terpuji pada pandangan DAP. Ini bukannya boleh dapat buluh lagi tapi bolehlah mendapat tahap lalang.
Kita lihat sekarang, kumpulan ulama walaupun agak dominan tetapi diasak kiri dan kanan oleh kumpulan DAP ini. Hendak mengambil tindakan terhadap 2 orang yang dipanggil pengkhianat pun belum tentu dapat lagi. Sedangkan pengkhianatan dua orang itu dikaitkan dengan masuk api neraka.
Inilah petanda PAS sudah pun dikawal oleh Anwarinas pada tahap yang merisaukan. Pada parti DAP, mungkin bolehlah dicadangkan begini. Ahli Anwarinas itu ramai juga, 24 orang dalam Jawatankuasa pusat dan yang lain belum kira.
Kalau semua nak diberikan hadiah buluh, itu mungkin boleh tapi belum menjimatkan duit rakyat. Apa kata bagi lalang, sebab lalang itu percuma sahaja kalau kita nak cabut. Mungkin sedikit upah bagi orang yang mencabutnya.
No comments:
Post a Comment