SERANGAN ENAM PENJURU GAGAL CAPAI SATU MATLAMAT
El-Haraki kali ini telah diserang dengan cubaan menggodam El-Haraki sebanyak enam kali percubaan. El-Haraki yakin inilah mereka yang menyerang dari enam penjuru namun satu matlamat mereka yakni mahu "Menjatuhkan Kepimpinan Ulamak". Tetapi dengan izin Allah SWT, El-Haraki gagal dimusnahkan. Dengan izin Allah swt juga, El-Haraki berjaya mengesan lokasi "jahat" tersebut dari beberapa lokasi yang El-Haraki nyatakan di bawah ini :
05 Oktober 2014, AHAD
Lokasi 1 : Segambut, Kuala Lumpur (12.31 T/Malam)
Lokasi 2 : Seksyen 13, Shah Alam, Selangor (01.46 Pagi)
Lokasi 3 : Temerloh, Pahang (02.10 Pagi)
Lokasi 4 : Rantau Abang, Dungun, Terengganu (02.45 Pagi)
Lokasi 5 : Kuala Kedah, Kedah (03.27 Pagi)
Lokasi 6 : Bukit Mertajam, Pulau Pinang (04.48 Pagi)
Berikut adalah lokasi "jahat" tersebut. El-Haraki sedang mengesan lagi dan El-Haraki akan perincikan lagi lokasi tersebut dan akan dimaklumkan kemudian. El-Haraki sudah mempunyai bukti, mereka ini adalah daripada kalangan orang upahan yang telah dibayar oleh seorang wakil rakyat di Kelantan. Nantikan pendedahan daripada El-Haraki, siapakah "Orang Tua" malang itu.
Sungguh jahat mereka ini. Mahu melumpuhkan kebenaran, itu adalah suatu "pengorbanan yang sia-sia". El-Haraki berharap mereka yang jahat ini akan dilumpuhkan oleh Allah swt. Kepada semua sahabat facebook El-Haraki, teruskanlah memperjuangkan Islam, teruskan mendedahkan kejahatan "mereka", yakinlah dengan janji-janji Allah swt.
No comments:
Post a Comment