Akta Hasutan digubal mempunyai tujuan tertentu. Melindungi Raja-Raja Melayu, Agama Islam, kedudukan orang Melayu dan bahasa Melayu. Jika nak membuat sesuatu pindaan kepada peruntukan ini perlulah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
Orang melayu juga mempunyai hak khusus berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Mereka diiktiraf orang melayu sekiranya Islam. Agama lain pula tidak boleh disebarkan kepada orang-orang melayu. Ini sudah termaktub dalam undang-undang negara.
Oleh itu orang-orang melayu mempunyai hak istimewa untuk menjaga status keislaman dan agama Islam itu. Sekiranya kawasan penempatan kampung atau kediaman mereka dimasuki atau dibangunkan sebuah gereja yang langsung tidak mendapat kelulusan PBT sudah tentu mereka ada hak untuk menyuarakan sesuatu. Oleh itu dilihat penggunaan Akta Hasutan dalam keadaan ini adalah tidak kena pada tempatnya dan seharusnya tidak terpakai pada pandangan undang-undang.
No comments:
Post a Comment