Satu perkara menarik daripada bekas Ketua PDRM ini, ialah ISA dahulu mempunyai beberapa peruntukan berkenaan kesalahan subversif yang boleh dituduh di mahkamah. Tan Sri mengatakan undang-undang ini perlu diwujudkan semula.
Secara logiknya cadangan beliau ini mungkin ia boleh diadakan dalam kanun kesiksaan.
Satu lagi beliau cadangkan undang-undang pencegahan untuk ketua-ketua sindiket jenayah.
Kemudian beliau kata kalau dapat banteras RASUAH dengan baik, semua aktiviti haram ini dapat dibanteras. Sebab aktiviti haram yang dapat mengumpulkan duit dana, mampu memberikan rasuah untuk menjana lagi aktiviti mereka.
Jabatan Integriti PDRM bukan sahaja untuk memantau tetapi perlu ada kuasa mengambil tindakan.
No comments:
Post a Comment